1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia
tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
4] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian
yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga
untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
5] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di
hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.
6] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
7] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.
8] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
9] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya
kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
10] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat
kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


No comments:
Post a Comment